Unit pertama yang kami pelajari untuk Topik Menyiasat Alam Kehidupan semasa Tahun 6 adalah interaksi antara hidupan. Ia adalah merupakan kesimbungan daripada topik yang telah kami pelajari semasa Tahun 4 dan 5.
Dalam unit pertama ini, kami telah mempelajari mengenai sesetengah haiwan hidup secara berkumpulan dan sesetengahnya pula hidup menyendiri. Haiwan yang berkumpulan adalah merupakan haiwan yang hidup secara berkelompok dan bersama dengan spesiesnya. Contoh haiwan yang berkumpulan adalah seperti gajah, semut, monyet, serigala dan seladang. Dari segi kelebihannya pula adalah haiwan ini dapat mencari makanan bersama - sama, saling membantu dalam mempertahankan diri daripada musuh dan saling membantu dalam membina sarang. Walaubagaimanapun terhadap juga haiwan yang hidup secara bersendirian seperti beruang, helang, harimau, panda gergasi dan labah - labah. Haiwan ini hidup secara bersendirian bagi mengelakkan persaingand daripada mendapat makanan dan ruang. Selalunya juga haiwan hidup bersendirian ini juga akan membuat tanda untuk menandakan sesuatu kawasan tersebut adalah wilayahnyanya seperti mencakar pada batang pokok.
Sehubungan itu, kami juga telah mempelajari mengenai interaksi persaingan iaitu persaingan interspesies dan intraspesies. Persaingan interspesies adalah merupakan persaingan tidak sama spesies iaitu tidak sama jenis. Contohnya perebutan antara harimau dan beruang dalam mendapatkan makanan dalam sesuatu kawasan. Persaingan intraspesies pula adalah merupakan persaingan antara sama spesies. Contohnya persaingan antara spesies badak jantan untuk merebut seekor badak betina. Bagi haiwan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan persaingan ini berlaku antaranya adalah untuk mendapatkan ruang tempat tinggal/kawasan, pasangan dan makanan. Manakala bagi tumbuhan pula persaingan boleh berlaku untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien(makanan) dan ruang.
Kejayaan dalam sesuatu persaingan tersebut adalah sangat penting dalam meneruskan kemandirian sesuatu spesies haiwan tersebut dan mengelakkan sesuatu spesies haiwan mahupun tumbuhan daripada pupus.
Semasa Tahun 6 ini, kami berbincang kembali mengenai kepupusan spesies. Iaitu merujuk kepada sesuatu spesies haiwan atau tumbuhan yang sudah tiada seperti harimau tasmania, burung dodo, gajah mamot dan beberapa tumbuhan serta haiwan yang lain lagi. Pada zaman ini juga, banyak tumbuhan dan haiwan mengalami ancaman dan semakin terancam. Antaranya adalah pokok rafflesia dan pokok periuk kera yang disebabkan oleh kemusnahan hutan dan alam sekitar. Bagi haiwan pula seperti penyu, harimau, beruang, gajah dan badak sumbu juga mengalami penurunan dari segi bilangan dan semakin pupus. Oleh itu, langkah seperti kempen kesedaran yang dilakukan secara berterusan adalah sangat penting bagi menjamin kemandirian spesies - spesies ini. Selain itu, penguatkuasaan undang - undang yang tegas serta mewartakan lebih banyak hutan simpan adalah suatu langkah yang baik dalam menangani masalah ini.

Keseluruhannya,dari Tahun 4 hingga Tahun 6 ini terdapat beberapa unit secara amnya telah kami pelajari dan bincang bersama - sama. Antara topiknya adalah keperluan asas tumbuhan, haiwan dan manusia, proses hidup manusia, haiwan dan tumbuhan, mikroorganisma, kemandirian spesies hidupan, rantai dan siratan makanan, persaingan, haiwan hidup berkumpulan dan kepupusan haiwan. Kesemuanya diharap dapat dijadikan ilmu yang bermanfaat kepada kami semua.
Catatan:
Nota yang boleh dibaca
http://khimsim5450.blogspot.com/2012/11/diancam-bahaya-dan-kepupusan.html
http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/12/persaingan-ialah-satu-bentuk-interaksi_17.html

Cadangan rujukan peta minda boleh dilakukan pada laman web berikut-
http://www.slideshare.net/marziana80/peta-minda-sains-tahun-456
Rujukan cara menjawab
http://cikgunorlita.blogspot.com/
Rujukan cara menjawab
http://cikgunorlita.blogspot.com/
Regards,
MR NMD
No comments:
Post a Comment